PAKEJ UMRAH

PAKEJ UMRAH

ELEMEN YANG MEMPENGARUHI HARGA PAKEJ

JENIS PENERBANGAN

Penerbangan terus kosnya lebih tinggi berbanding penerbangan transit. Namun begitu, penerbangan terus lebih jimatkan masa perjalaanan.

SAJIAN MAKANAN

Sajian makanan 3 kali makan adalah fullboard (FB) manakala sajian sarapan sahaja merujuk kepada bed & breakfast (BB). Fullboard international (menu antarabangsa) lebih mahal dari fullboard far east ( menu asia tenggara). Pakej umrah yang tidak menawarkan sajian makanan adalah lebih murah berbanding yang menawarkan sajian makanan.

BILANGAN HARI/MALAM

Harga pakej umrah juga tertakluk kepada bilangan malam dan hari berada di kota Makkah atau Madinah. Lagi lama tinggal di hotel lagi tinggi kosnya.

JENIS DAN JARAK HOTEL

Hotel berbintang 5 dan berjarak dekat dengan Masjidil Haram / Masjid Nabawi adalah lebih mahal berbanding berbintang kurang dan berjarak jauh dari Masjidil Haram / Masjid Nabawi.

MUSIM

Umrah musim sejuk adalah lebih tinggi kosnya berbanding umrah musim panas. Bulan Ramadan juga kosnya amat tinggi berbanding bulan lain.

ITENARI PROGRAM

Itenari program merujuk kepada pergerakan jemaah di tanah suci yang berkehendak kepada pengangkutan seperti bas. Lagi banyak pergerakan / perjalanan jemaah menggunakan bas lagi tinggi kosnya.

×
×

Cart