TERMA DAN SYARAT
Tertakluk kepada Akta Industri Pelancongan 1992
ATURCARA PAKEJ
1. Tiada Jaminan Kesesuaian Aturcara Walaupun MUTSSB berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, MUTSSB tidak memberi jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah, kesakitan, kecelakaan atau kematian akibat dari mana-mana bahagian aturcara pakej yang anda ikuti samaada aturcara tersebut dinyatakan di dalam surat pengesahan, iklan atau brosur MUTSSB atau aturcara pilihan anda sendiri. Anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej MUTSSB.
2. Kemungkinan Pertukaran Aturcara Tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan MUTSSB terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, MUTSSB tidak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.
PENGINAPAN HOTEL
1. Klasifikasi Penginapan. Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat dari MUTSSB adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada MUTSSB sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain. MUTSSB tidak boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Anda tidak boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.
2. Perubahan Hotel. MUTSSB berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyata- kan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, MUTSSB tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik. MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat dari penggantian hotel penginapan tersebut.
3. Polisi Hotel Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.
4. Jenis dan klasifikasi bilik. Jenis dan klasifikasi bilik termasuk ameniti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. MUTSSB tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan di dalam iklan atau brosur kami. MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang anda terima atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.
PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN TAMBAHAN
MUTSSB hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam brosur. Sepertimana peruntukan peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda. Anda bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri anda.
Jika anda memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, lanya bermaksud anda telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, gantirugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubatan semasa perjalanan.
Sekiranya anda telah membeli insurans tambahan, anda adalah dinasihatkan supaya menyemak semula terma-terma yang terkandung di dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.
MUTTAWIF UHA TRAVEL & SERVICES SDN BHD SEBAGAI PIHAK KETIGA/PIHAK BERKECUALI
MUTSSB adalah hanya perantara di antara anda dan syarikat-syarikat penerbangan, hotel penginapan, pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier). MUTSSB adalah bukan pemilik atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal berkaitan dengan pakej anda.
Oleh yang demikian, MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat dari pecah kontrak, peninggalan samada disengajakan atau tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan pembekal perkhidmatan (ground supplier).
Anda adalah dinasihatkan supaya dengan teliti syarat-syarat dan terma tambahan ini sebelum bersetuju untuk pakej umrah atau percutian MUTSSB, membaca syarat-syarat dan terma ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
lanya tidak mengurangkan kuatkuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan percanggahan, terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sebaik sahaja anda di mana terdapat sebarang membayar deposit dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah atau percutian MUTSSB, anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak MUTSSB dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini.
PENGESAHAN MAKLUMAT BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL
Anda dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan/atau surat pengesahan.
Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej anda sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau pening- galan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.
KETEPATAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ.
Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada MUTSSB adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat.
Membuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamad.
MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang anda beri.
Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pembayaran deposit. MUTSSB berhak untuk menolak tempahan anda sekiranya tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan anda
Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri
MUTSSB tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya anda sakit. Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi, MUTSSB berhak mengenakan bayaran tambahan kepada anda bagi mengupah pihak ketigo untuk menjaga anda.
PEMBAYARAN PAKEJ
MUTSSB hanya menerima pembayaran secara atas talian, draf bank atau cek persendirian. MUTSSB berhak menahan penempahan pakej anda sehingga penunaian bayaran deposit melalui draf bank atau cek persendirian anda. MUTSSB tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang anda tempah telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draf bank atau cek persendirian anda
Bagi pembayaran pakej yang kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, MUTSSB berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian dan sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej anda terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucutkan mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
TIKET PENERBANGAN
Pakej anda adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA/KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik KLIA/KLIA2. Walaupun surat pengesahan berserta jadual penerbangan anda telah dicetak jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh apertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang gantirugi termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantirugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut. MUTSSB juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan rikat penerbangan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, MUTSSB tidak boleh gantirugi, yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/ kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki Denerbangan oleh syarikat penerbangan
AKUAN PENERIMAAN PELANGGAN
1. Bahawa saya/kami dengan ini faham dan akan mematuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd.
2. Saya/kami faham bahawa kelulusan untuk permohonan visa tidak boleh dijamin oleh Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd dan ia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
3. Saya/kami faham bahawa penentuan muktamad ke atas tarikh penerbangan atau sektor penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh pihak syarikat. Pihak syarikat juga berhak untuk meminda tarikh penerbangan kepada tarikh yang dianggap bersesuai sekiranya kuota penerbangan berkumpulan tidak mencukupi. Oleh yang demikian saya/kami dengan ini melepaskan Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul disebabkan oleh perubahan tersebut.
4. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa segala barangan berharga peribadi yang saya/kami bawa semasa mengerjakan umrah adalah sepenuhnya di bawah tanggungan saya/kami sendiri dan dengan ini saya/kami melepaskan Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul akibat kehilangan barangan berharga tersebut.
5. Saya/kami dengan ini faham dan bersetuju bahawa polisi pembatalan tempahan bagi pakej umrah yang adalah seperti berikut:
a) Sebarang pembatalan tempahan pakej hendaklah di buat secara BERTULIS dan ditujukan kepada Team Kewangan ke email
muttawif.uha.travel@gmail.com (Salinan ditujukan whatsapp kepada 0164873341) dengan menyertakan dokumen
berikut:
i. Surat permohonan pembatalan
ii. Borang pendaftaran
iii. Salinan sebut harga
iv. Surat / Sijil Mati (Jika ada)
v. Laporan perubatan hospital
b) Sebarang pemulangan wang deposit atau bayaran harga jualan adalah tertakluk kepada jadual di lampiran berikut:
i. Tiada caj pembatalan dikenakan bagi pembatalan pada 7 hari dari Tarikh pendaftaran dan tidak lebih dari 80 hari dari tarikh penerbangan.
ii. Caj pembatalan RM500.00 bagi pembatalan dalam tempoh lebih dari 80 hari dari tarikh penerbangan.
iii. Caj pembatalan sebanyak RM1,000.00 bagi pembatalan dalam tempoh kurang 80 hari dari tarikh penerbangan.
iv. Caj pembatalan sebanyak 50% dari harga keseluruhan pakej bagi pembatalan dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerbangan.
v. Caj pembatalan sebanyak 100% dari harga keseluruhan pakej bagi pembatalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerbangan.
6. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa sebarang permohonan pindaan terhadap pakej umrah ini akan melibatkan perubahan kos yang mana akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak saya/kami.
7. Saya/kami faham dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kos lebihan muatan bagasi saya/kami berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat
penerbangan.
8. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa faktor kesihatan peribadi adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab saya/kami sendiri dan dengan ini saya/ kami melepaskan Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kesakitan, kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul disebabkan oleh faktor kesihatan tersebut.
9. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa syarikat Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala perbelanjaan tambahan sekiranya saya/kami jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di mana-mana hospital luar negara atau memerlukan apa-apa keperluan khas semasa dalam perjalanan pergi, semasa di luar negara atau dalam perjalanan balik.
10. Bahawa saya/kami bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau tuntutan ganti rugi ke atas perkara yang berlaku di luar kawalan langsung Muttawif UHA Travel & Services Sdn. Bhd seperti kecederaan ke atas tubuh badan atau kerosakan harta benda akibat kebakaran, kemalangan dan perkara-perkara yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, rompakan atau seumpama dengannya yang berlaku semasa pakej umrah ini dijalankan atau semasa dalam penerbangan pergi atau balik..
11. Bahawa saya/kami telah dinasihati agar mengambil perlindungan takaful perjalanan untuk menampung sebarang kemungkinan keperluan kecemasan dan keputusan untuk mengambil atau tidak mengambil perlindungan takaful perjalanan tersebut adalah sepenuhnya di atas pertimbangan diri saya/kami sendiri.
12. Saya/kami dengan ini faham dan bersetuju bahawa sebagai pengguna saya/kami mempunyai pilihan untuk membatalkan penyertaan saya di dalam pakej
ini pada bila-bila masa namun pembatalan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang telah dinyatakan di atas.